Monday, June 27, 2011

Acara Penyerahan Stesyen Tanjung Pagar


Pengurusan KTM Berhad telah bermurah hati menawarkan 50 tempat kepada ahli-ahli Ex-RAIL untuk bersama-sama di acara penyerahan stesen keretapi Tg. Pagar pada 30 Jun ini.

Mereka yang ingin bersama sila hubungi Setiausaha Ex-RAIL Sdr. Hj. Jabar di 019-6014520.

Tuesday, March 29, 2011

Mesyuarat Agung Pertama ExRAIL Selesai

Y.B. Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed, Pengerusi KTMB merasmikan MAT ExRAIL pada 26.03.2011.


Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu, Malaysia (ExRAIL) telah selesai dengan jayanya pada hari Sabtu 26hb lalu.


Majlis telah di seri dengan kehadiran Pengerusi KTM Berhad Y.B. Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed dan beberapa orang pegawai-pegawai kanan KTMB dan tetamu jemputan lain. Beberapa orang ahli baru juga telah berdaftar pada hari itu.

Pemilihan AJK baru telah dibuat dengan lancar dan mereka-mereka ini telah dipilih:-


YDP - Dato' Mohd Zin bin Yusop

NYDP - Bahrain bin Tahir
AJK - Wan Yahya bin Wan Chik Bakar, Ir. Ismail Harun, M. Mahalingam, L.A.Vincent, Puan Mona.


Gambarfoto disekitar MAT boleh dilihat di Facebook Hj. Shafiin Yunus http://www.facebook.com/album.php?fbid=203847706301165&id=100000278127368&aid=50722

Saturday, February 26, 2011

Lawatan Persatuan Ex-Rail Ke Kompleks KTMB Batu Gajah (Update).

Seramai 36 ahli Persatuan Ex-Rail telah membuat lawatan ke Kompleks KTMB di Batu Gajah. Perjalanan pergibalik dengan menaikai Tren ETS secara percuma ehsan KTMB.

Mereka telah di bawa melawat Malaysian Railway Academy (MyRA) dan woksyop. Ahli-ahli telah di beri layanan yang cukup baik oleh rakan-rakan KTMB di situ dan berasa amat berbangga dengan kemudahah yang terdapat. Tuan Hj. Yusof Kidi mewakali rombongan Ex-Rail telah menyampaiukan ucapan terima kasih atas layanan yang di beri.

Rakaman foto dan video (HD) lawatan ini boleh di dapati dari Setiausaha.

Monday, November 22, 2010

Lawatan Ke Batu Gajah.

Maaf..maklumat berkaitan ini tersalah post kat blog lain.

Sila ke http://www.goldenblowpipe.blogspot.com

Thursday, September 30, 2010

Sambutan Eidl'fitri KTMB






Gambar-gambar sempena sambutan Eid'lfiitri KTMB pada 30-09-2010

Pada tengahari 30 September, KTMB telah mengadakan sambutan Eidl'fitri di perkarangan Ibupejabatnya. Turut di undang adalah pesara-pesara KTM/KTMB. Ramai juga sahabat-sahabat dikalangan pesara yang hadir. Beberapa meja di sedia khusus untuk pesara.


Terima kasih KTMB.

Setiausaha Persatuan Hj Jabar sempat juga mengedarkan borang keahlian kepada beberapa orang pesara yang hadir dan ada juga yang terus mengisi borang dan membayar wang pendaftaran dan keahlian. Terima kasih dan syabas. Harap banyak lagi saudara pesara yang akan turut bersama kami dalam Persatuan.

Eid Mubarak kepada semua warga KTM Berhad dan persara. Semoga anda yang masih berkhidmat akan terus dengan perjuangan membangunkan sistem perkeretapian di Malaysia.


Tidak kurang juga ucapan tahniah kepada para sahabat yang akan berangkat ke Arab Saudi khusus untuk berkhidmat dengan Mekkah Metro. Anda membuat kami turut banga. Syabas.