Monday, November 22, 2010

Lawatan Ke Batu Gajah.

Maaf..maklumat berkaitan ini tersalah post kat blog lain.

Sila ke http://www.goldenblowpipe.blogspot.com

Thursday, September 30, 2010

Sambutan Eidl'fitri KTMB






Gambar-gambar sempena sambutan Eid'lfiitri KTMB pada 30-09-2010

Pada tengahari 30 September, KTMB telah mengadakan sambutan Eidl'fitri di perkarangan Ibupejabatnya. Turut di undang adalah pesara-pesara KTM/KTMB. Ramai juga sahabat-sahabat dikalangan pesara yang hadir. Beberapa meja di sedia khusus untuk pesara.


Terima kasih KTMB.

Setiausaha Persatuan Hj Jabar sempat juga mengedarkan borang keahlian kepada beberapa orang pesara yang hadir dan ada juga yang terus mengisi borang dan membayar wang pendaftaran dan keahlian. Terima kasih dan syabas. Harap banyak lagi saudara pesara yang akan turut bersama kami dalam Persatuan.

Eid Mubarak kepada semua warga KTM Berhad dan persara. Semoga anda yang masih berkhidmat akan terus dengan perjuangan membangunkan sistem perkeretapian di Malaysia.


Tidak kurang juga ucapan tahniah kepada para sahabat yang akan berangkat ke Arab Saudi khusus untuk berkhidmat dengan Mekkah Metro. Anda membuat kami turut banga. Syabas.

Friday, September 24, 2010

Another Friend Passed Away.

Irwan Shah sms me with the information that Krishnamurthy former SM Gurun had passed away. Information was from The Star today.

Knew him whilst serving in the East Coast in 60s when he was SM Bukit Abu together with Ivan Pereira and subsequently when I was DTC Butterworth.

He was famous for winning Best Station Award practically every year whilst serving as SM Gurun. You could read them in Majalah Keretapi (if you can still find them).

Gurun station would be gloriously decorated with various species of flowers and this would be all on his own cost. The only thing supplied by MR/KTM was the chalk to white-wash the platform edge.

To Murthy we say Rest In Peace and to his family we offer our deepest condolence.

Monday, August 9, 2010

Perjumpaan & Makan Malam - 8hb Ogos 2010

Lebih 30 orang ahli dan penyokong Ex-Rail hadir di majlis Makan Malam di Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa pada malam 8hb Ogos. Ada yang regular dan ada juga muka-muka baru.

Banyak yang mula-mula conform tapi tak dapat hadir last minute atas sebab-sebab tertentu. Tan Kim Seng cuma singgah sekejap edar foto perjumpaan tahun 2008. Masaalah perut beragam, kata dia. Biasalah tu kalau umur dah meningkat, macam-macam boleh jadi.

Here are a few photographs and a video of the eve
nt. Sorry about the quality due to insufficient lighting even with a Blackberry.


Wednesday, August 4, 2010

Majlis Makan Malam Ex-Rail

It's always about the good old days when old friends meet.

Ex-Rail akan mengadakan Majlis Perjumpaan & Makan Malam ia itu satu-satunya acara yang kerap Persatuan anjurkan memandangkan kepada sambutan yang bergitu menggalakkan setipa kali di adakan. Untuk memenuhi kehendak kebanyakan Ahli, majlis ini saperti sebelumnya akan di adakan di sekitar Kuala Lumpur. Sertailah majlis ini demi mengeratkan lagi persahabatan kita.

Tarikh: Ahad 8hb Ogos, 2010
Masa: 8.00 malam
Tempat: Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Bayaran: RM 30.00 seorang (tidak termasuk minuman)


Sokongan dan kehadiran saudara-saudara amat di alu-alukan.


Sila hubungi Setiausaha Hj. Jabar (019-6014520)